Stadium Sultan Ismail dahulunya dinamakan Stadium Kuala Terengganu. Tapak stadium itu adalah sebidang padang yang dikenali sebagai 'padang paya bunga'. Terdapat jalan tanah masuk dari Jalan Paya Bunga (sekarang dikenali sebagai Jalan Sultan Zainal Abidin) berhadapan berek polis. Dikiri jalan masuk terdapat dua buah pokok getah tua dan banyak pokok-pokok kelapa. Dihujung jalan tanah itu pula terdapat bangunan kayu Mahkamah Kuala Terengganu dan jika kita jalan terus kita akan melalui tapak perkuburan lama.
Saya selalu gunakan jalan tanah ini untuk ke sekolah kebangsaan Paya Bunga sebagai jalan pintas. Dihujung padang saya akan belok ke kiri dan disitu terdapat banglo orang cina yang mempunyai anjing. Bila sampai sahaja di kawasan ini saya akan berasa gementar apatah lagi jika ternampak anjing-anjing itu di kawasan berhampiran. Selalu juga saya kena kejar oleh anjing-anjing itu... Tetapi anjing-anjing ini hanya menyalak dan sebenarnya anjing itu jika dibaling dengan kayu akan menengkeng lari.
Pada masa stadium hendak dibina, semua pokok-pokok yang ada di persekitaran kawasan padang itu ditebang. Ramailah makcik-makcik datang mengambil buah kelapa muda, membuat penyapu lidi, dan budak-budak pula mengambil daun kelapa untuk membuat trompet.
Untuk membuat stadium ini, tanah ditambun, dan tempat-tempat duduk dibina melalui simen yang diturap atas tanah tambun ini macam anak-anak tangga. Untuk menegakkan tiang lampu, tanah tempat terbinanya tiang itu digali untuk dibuat dasar konkrit tiang lampu. Saya pernah melihat ketika penggalian dilakukan pekerja telah terjumpa dua jong (keranda) dipercayai kubur cina. Ketika itu saya baru balik dari sekolah kebangsaan paya bunga selepas aktiviti pengakap. Ketika melalui tapak pembinaan stadium itu saya melihat ramai orang mengerumuni penemuan rangka manusia.
Sejarah, peristiwa pengalaman. Dilahirkan pada 1955 di Kuala Lumpur, mengikut keluarga ke Kuala Terengganu 1959 hingga 1964, 1965 - 1970 di Kuala Lumpur dan 1971- 1981 di Kota Bharu Kelantan. 1981 - 1982 Kuala Lumpur, 1982 mula bekerja sebagai Guru.
Monday, 30 January 2012
Monday, 23 January 2012
Lebuh raya
Pada hari Jumaat 19 Januari ketika memandu melalui lebuh raya utara selatan hala ke utara, kesesakan berlaku lebih 15 km ke jalan susur keluar Sungkai. Kemalangan berlaku di atas jambatan dan kemungkinan terdapat kenderaan yang terlibat dan juga mungkin ada yang tercedera kerana kemalangan. Isunya bukanlah kemalangan, namun isunya adalah sikap pengguna yang mengambil jalan mudah menggunakan lorong kecemasan sebagai cara mudah untuk memotong barisan.
Sikap pengguna menggunakan laluan berkenaan amat dikesali kerana ia amat mengganggu ambulan, jentera kren pebarik kenderaan, polis dan sebagainya ke tempat kemalangan. Adalah diharap sangat-sangat pihak polis terus bertindak ke atas pemandu sebegini agar ia menjadi pengajaran untuk tidak mengambil kesempatan memotong barisan.
Friday, 6 January 2012
Ranking Universiti antara negara ASEAN
Negara ASEAN, Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei, Filipina, Thailand, Laos, Vietnam, Kemboja.
Ranking Universiti:
Dalam data di atas terdapat banyak universiti yang terkemuka di negara Malaysia yang tidak disenaraikan. Universiti seperti UPM, UniMap, UMP, UMS, UniMas dan pelbagai universiti IPTA dan IPTS tiada dalam senarai berkenaan. Bukannya universiti itu tidak baik prestasinya namun tidak disenaraikan. Data berkenaan diragui terutamanya sebagai contoh tanpa hendak merendahkan. Penulis pernah melihat sendiri Universiti di Indonesia yang tersenarai agak kurang fasiliti berbanding dengan yang di Malaysia tetapi tersenarai dalam data ranking berkenaan.
Ranking Universiti:
Ranking | Nama Universiti | Negara | Markah |
28 | National University of Singapore | Singapore | 84.07 |
58 | Nanyang Technological University | Singapore | 72.51 |
167 | Universiti Malaya | Malaysia | 50.90 |
171 | Chulalongkorn University | Thailand | 50.72 |
217 | University of Indonesia | Indonesia | 45.14 |
229 | Mahidol University | Thailand | 43.08 |
279 | Universiti Kebangsaan Malaysia | Malaysia | 39.24 |
332 | University of Philippines | Philippines | 34.36 |
342 | Universitas Gadjah Mada | Indonesia | 33.84 |
360 | Ateneo de Manila University | Philippines | 31.98 |
401-450 | Universiti Teknologi Malaysia | Malaysia | |
451-500 | Bandung Institute of Technology | Indonesia | |
451-500 | International Islamic University of Malaysia | Malaysia | |
501-550 | Chiang Mai University | Thailand | |
501-550 | Thammasat University | Thailand | |
551-600 | De La Salle University | Philippines | |
551-600 | Airlangga University | Indonesia | |
601+ | Bogor Agricultural University | Indonesia | |
Diponegoro University | Indonesia | ||
Kasetsart University | Thailand | ||
Khon Kaen University | Thailand | ||
King Mongkut’s University of Technology Thonburi | Thailand | ||
Prince of Songkla University | Thailand | ||
Sepuluh Nopember Institute of Technology | Indonesia | ||
Universiti Teknologi Mara | Malaysia | ||
University Brawjaya | Indonesia | ||
University of Santo Tomas | Philippines |
Dalam data di atas terdapat banyak universiti yang terkemuka di negara Malaysia yang tidak disenaraikan. Universiti seperti UPM, UniMap, UMP, UMS, UniMas dan pelbagai universiti IPTA dan IPTS tiada dalam senarai berkenaan. Bukannya universiti itu tidak baik prestasinya namun tidak disenaraikan. Data berkenaan diragui terutamanya sebagai contoh tanpa hendak merendahkan. Penulis pernah melihat sendiri Universiti di Indonesia yang tersenarai agak kurang fasiliti berbanding dengan yang di Malaysia tetapi tersenarai dalam data ranking berkenaan.
Subscribe to:
Posts (Atom)